Tokoh Sejarah Melayu (Membaca & Memperkaya)

Gunakan teknik SAMMBoB untuk membantu kamu mencari maklumat mengenai tokoh sejarah Melayu yang kamu perlu kaji.

  • Siapa? (Siapakah tokoh sejarah Melayu yang kamu kaji? Apakah peranannya? Apakah signifikasinya?)
  • Apa? (Apakah yang berlaku kepada tokoh sejarah itu? Apakah yang dilakukannya sewaktu hayatnya?)
  • di Mana? (Di Manakah latar hidup mereka?)
  • Mengapa? (Mengapakah tokoh sejarah itu melakukan perkara-perkara yang dilakukannya? Apakah kesannya?)
  • Bila? (Bilakah tokoh sejarah itu hidup/meninggal?)
  • Bagaimana? (Bagaimanakah mereka boleh dijadikan pedoman bagi generasi baharu kini?)

Berikut adalah pautan-pautan untuk membantu kamu dalam melaksanakan Misi 1 Jam kamu. Kamu juga digalakkan untuk mencari sumber-sumber lain untuk memperluaskan bacaan dan pengetahuan kamu.

Kumpulan 1: Sang Nila Utama

Kumpulan 2: Tun Fatimah

Selamat membaca!

Advertisements

Jauhari Kenal Manikam (Pengenalan)

Jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa.

Jika hendak mengenal orang berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia.

Jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah kepada kelakuan dia.

Jika hendak mengenal orang yang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal
di dalam dunia menambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Gurindam 12 (Fasal 5)
Raja Ali Haji